ADAKAH AYAM TERMASUK DALAM MAKANAN SUNNAH ?

SIRI #007

Oleh : Al-Fadhil Ustaz Hairul Nizam Bin Mat Husain

Pada majlis bacaan hadith yang ke-227 guru kami yang mulia; Fadhilat al-Syeikh Yusri Bin Rushdi al-Hasani membacakan serta menghuraikan Sunan al-Tirmidzi dengan keberkatan sanad beliau sehingga kepada al-Imam Abu Isa al-Tirmidzi.

Hadith-hadith yang dibaca membicarakan berkenaan binatang-binatang yang pernah dimakan oleh baginda Nabi Sallallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam.

Berikut adalah kesimpulan huraian beliau :

1) Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam pernah makan ayam sebagaimana yang dinyatakan oleh hadith yang ke-1942 dan 1943.

 (عن زهدم الجرمي قال: (دخلت على أبى موسى وهو يأكل دجاجة فقال: إدن فكل فإني رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يأكله

Daripada Zahdam al-Jarmi telah berkata : Aku masuk bertemu Abi Musa dan beliau sedang memakan ayam, lalu beliau berkata :” Mari dan makanlah ayam itu kerana sesungguhnya aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakannya”.

(عن أبي موسى قال: (رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يأكل لحم دجاج

Daripada Abi Musa telah berkata :” Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan ayam”.

2) Rasulullah pernah makan شواء (Syiwa’) iaitu daging kambing yang dipanggang tanpa kulit.

عن عطاء بن يسار أخبره أن أم سلمة أخبرته: (أنها قربت إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم جنبا مشويا فأكل منه ثم تمام إلى

 (الصلاة وما توضأ

Daripada Atha’ Bin Yasar telah mengkhabarkan bahawa Ummu Salamah telah menceritakan kepadanya bahawa :” Dia mendekati Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam keadaan Baginda memanggang (kambing tanpa kulit) dan memakannya, kemudian Baginda menuju menunaikan solat tanpa berwudhuk”.

Menurut Syeikh Yusri Hafizahullah, Rasulullah juga pernah makan مسموط (Masmut) iaitu daging kambing yang dipanggang sekali dengan kulitnya. Maknanya setelah disembelih, bulu kambing tersebut dibuang dan dibersihkan lalu dipanggang tanpa dibuang kulitnya.

Saya berkata : Mungkin ini akan memberikan idea kepada para peniaga untuk mencuba resepi Masmut.

3) Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam juga pernah makan حبارى (Hubaro).

(عن إبراهيم بن عمر بن سفينة عن أبيه عن جده قال: (أكلت مع رسول الله صلى الله عليه وسلم لحم حبارى

Daripada Ibrahim Bin Umar Bin Safinah, dari ayahnya dan dari datuknya telah berkata :” Aku memakan hubaro Bersama Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.”

Hubaro rupa-rupanya adalah sejenis burung yang ada di padang pasir yang tidak ada di Malaysia. Saya sertakan gambarnya untuk tatapan pembaca.

____

Kesimpulan :

1) Syeikh Yusri menyatakan bahawa dalam sebulan, Rasulullah lebih banyak berpuasa daripada tidak berpuasa. Baginda akan berpuasa pada setiap hari Isnin dan Khamis. Baginda juga akan berpuasa pada setiap 1, 2, 3, 13, 14, 15, 28, 29 dan 30 haribulan Islam. Baginda juga akan turut berpuasa pada hari-hari yang digalakkan berpuasa seperti hari Asyura dan sebagainya.

2) Syeikh Yusri turut menyatakan bahawa Rasulullah ketika makan, baginda tidak akan makan sampai kenyang melainkan hanya apabila baginda didatangi tetamu. Ketika itu barulah baginda makan sehingga kenyang untuk meraikan tetamu.

3) Saya berkata : Ramai orang suka makan makanan sunnah termasuk saya tapi tak ramai orang mengamalkan puasa sunnah sedangkan makanan sunnah adalah terlalu sikit dimakan oleh baginda berbanding dengan puasa sunnah Baginda.

03_رسالة وسائل علم الكلام – Ustaz Marwan Fauzdi

Pusat Pengajian Ruwaq Jawi dari bumi Kaherah mengalu-alukan para penderma yang budiman untuk memberikan sumbangan bagi merancakkan lagi perjalanan majlis-majlis ilmu bersama para ulamak al-Azhar al-Syarif yang dianjurkan oleh Ruwaq Jawi. Semoga sumbangan walau sekecil mana akan dikira oleh Allah sebagai amalan jariah yang diberkati dan berkekalan dari dunia hingga akhirat,
Sebarang sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun Maybank Pusat Pengajian Ruwaq Jawi: 552059693844. Terima kasih.

02_رسالة وسائل علم الكلام – Ustaz Marwan Fauzdi

01_رسالة وسائل علم الكلام – Ustaz Marwan Fauzdi