loader image

Profil Ruwaq Jawi

Profil menegenai Ruwaq Jawi di Kaherah, Mesir.

Tujuan Penubuhan Ruwaq Jawi

Majlis pengajian kitab Turath

Menganjurkan majlis pengajian kitab-kitab Turath (tradisional) bersama para ulama terkenal khususnya dari al-Azhar al-Syarif.

Memperkenalkan Ulama

Memperkenalkan ulama al-Azhar dan para ulamak bertaraf dunia kepada para penuntut ilmu.

Majlis periwayatan Hadith

Menganjurkan majlis periwayatan hadith (Majlis Sama’) secara bersanad.

Memperkenalkan Malaysia

Memperkenalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang serius dalam aktiviti keilmuan Islam.

Melahirkan Para Ulama Melayu

Melahirkan para ulama Melayu khususnya dari Malaysia yang pakar dalam bidang-bidang ilmu Islam.

Sejarah Penubuhan Ruwuq Jawi

Ruwaq atau Anjung adalah nama khusus yang digunakan oleh al-Azhar al-Syarif membawa maksud satu tempat yang dijadikan sebagai tempat pengajian, perbahasan ilmiah, daurah kitab-kitab ilmu islam dan majlis-majlis yang menghimpunkan para alim ulama’, para penuntut ilmu serta para pencinta ilmu yang terdiri dari pelbagai lapisan dan latarbelakang. Al-Azhar al-Syarif telah melakar sejarah yang telah menjangkau lebih 1000 tahun dalam melahirkan cendiakawan, ilmuan, ulama’ dan pendakwah-pendakwah yang kini bertebaran di seluruh pelusuk dunia.

Dengan kesedaran bahawa ruwaq-ruwaq ini mampu mewujudkan suasana ilmiah justeru melahirkan generasi yang cinta ilmu serta berusaha untuk mencari dan menggali ilmu sehingga mencapai peringkat diizinkan oleh para guru untuk mengajarkan kepada ummah tentang ilmu Islam, maka timbul idea oleh beberapa penuntut ilmu dari Malaysia yang berada di Mesir ini untuk mewujudkan Pusat Pengajian Ruwaq Jawi yang dinaungi oleh Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) dengan membawa harapan agar para Nusantara khususnya pelajar Malaysia mampu menelusuri perjalanan dan langkah para ulama’ untuk menjadi generasi ulama’ pada masa hadapan.

Bagi meneruskan agenda perjalanan dalam melahirkan ilmuan Islam ini dari alam Nusantara, Ruwaq Jawi sangat memerlukan dana sumbangan dari pelbagai agensi untuk memastikan kesinambungan dalam usaha melahirkan ilmuan islam pada masa akan datang. Semoga dengan sokongan dan dokongan semua pihak dapat merealisasikan cita-cita dalam melahirkan ulama pewaris Nabi suatu masa akan datang.

Organisasi Pengajian Ruwaq Jawi

Penaung Pusat Pengajian Ruwaq Jawi

Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK)

Penaung Pusat Pengajian Ruwaq Jawi

Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK)

Penaung Pusat Pengajian Ruwaq Jawi

Penasihat Kehormat Pusat Pengajian Ruwaq Jawi

Amb. Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari

The Secretary-General of D-8 Organization For Economic Cooperation

Syeikh Ruwaq Jawi

Ustaz Hairul Nizam Bin Mat Husain

Syeikh Ruwaq Jawi merangkap Penasihat Pengajian Umumi Pusat Pengajian Ruwaq Jawi

Timbalan Syeikh Ruwaq Jawi

Syeikh Muhammad Afifi Bin Abdullah

Timbalan Syeikh Ruwaq Jawi

Setiausaha Ruwaq Jawi (Pengurusan)

Ustaz Abu Bakar Bin Razak

Setiausaha Ruwaq Jawi (Pengurusan)

Bendahari Ruwaq Jawi (Kewangan)

Ustaz Ammar Bin Mustaffa

Bendahari Ruwaq Jawi (Kewangan)