loader image

MENGHADAPKAN HAIWAN SEMBELIHAN KE ARAH KIBLAT KETIKA MENYEMBELIH

MENGHADAPKAN HAIWAN SEMBELIHAN KE ARAH KIBLAT KETIKA MENYEMBELIH

Diterjemahkan dan diolah oleh :

Al-Fadhil Ustaz Muhd Atif Bin Abdullah

(Graduan Darul Ifta’ Misriyyah)

FATWA NO 4899

FADHILAT DR. NASR FARID WASIL

Soalan :

Terdapat sebuah syarikat yang menguruskan proses daging halal di New Zealand mendakwa bahawasanya syarat asasi untuk sembelihan yang halal adalah dengan menghadapkan haiwan ke arah kiblat ketika disembelih;dan mereka mengubah mesin-mesin sembelihan ke arah kiblat.Jadi penanya memohon agar diterangkan hukum syarak bagi hal yang demikian,adakah ianya berdasarkan kepada al-Quran atau al-Sunnah ataupun tidak ?

Jawapan :

Syarat-syarat sembelihan ketika dalam keadaan “ikhtiar”(boleh dilaksana secara langsung) adalah dengan menyembelih di antara permulaan halkum dan dada.

Para ulama’ Hanafi berpendapat mesti dipotong halkum(saluran pernafasan) dan mari’(saluran makanan) dan salah satu urat wadajain(urat darah),dan para ulama’ Maliki berpandangan mesti dipotong halkum dan kedua-dua urat wadajain dan tidak disyaratkan dipotong mari’,manakala ulama’ mazhab Syafie dan Hanbali mewajibkan dipotong halkum dan mari’.

Dan para fuqaha’ tidak mensyaratkan apa-apa syarat tambahan yang lain untuk dihalalkan sembelihan dan dimakan dagingnya,tetapi mereka berkata : makruh jika tidak menghadap ke arah kiblat,jadi tidak menghadap ke arah kiblat merupakan perkara yang makruh dalam sembelihan dan bukanlah termasuk dalam syarat sah sembelihan,dengan itu halallah sembelihan (yang tidak menghadap kiblat).

Oleh yang demikian,sekiranya mudah untuk penyembelih menghadapkan hiwan ke arah kiblat sayogianya dia melakukannya, tetapi jika tidak mampu untuk mengadap kiblat tiada masalah padanya dan sembelihannya itu dikira halal berdasarkan syarat yang telah disebutkan oleh para ulama’.

Wallahu subhanahu wa taala aklam

Sumber :

https://www.dar-alifta.org/AR/ViewFatwa.aspx?ID=15411&Lang

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Ruwaq Jawi​​

Disediakan oleh : Al-Fadhil Ustaz Affan Bin Azizan ( Panel Penyelidikan Ruwaq Jawi ) Merokok