loader image

Menggugurkan Kandungan : Bolehkah ?

Menggugurkan Kandungan : Bolehkah ?

Siri#043

————————————

Diterjemahkan dan diolah oleh :

Al-Fadhil Ustaz Muhammad Nur Syawal Bin Ismail

(Graduan Syariah Islamiyah,Universitiy Al-Azhar)

 

Siri Fatwa Darul Ifta’Misriyyah

Soalan:

Adakah dibolehkan menggugurkan kandungan untuk merancang keluarga?

Jawapan:

Para Fuqaha berbeza pendapat dalam isu ini. Fuqaha Hanafi mengharuskan perbuatan menggugurkan kandungan selagi kandungan masih belum mengambil bentuk (yakni ditiupkan ruh) iaitu sebelum mencecah usia 120 hari. Akan tetapi dalam keadaan tiada keuzuran (hajat) yang mendesak, perbuatan ini dihukumkan makruh. Sebagai contoh, seorang ibu yang dalam tempoh fasa menyusukan anak tidak mampu menghasilkan susu disebabkan mengandung anak kedua  dan suami pula tidak mampu mengupah sesiapa untuk menyusukan anaknya lalu khuatir akan nyawa anak. Demikian juga pendapat sebahagian Fuqaha Syafi`iyah.

Mazhab Zahiriyah serta sebahagian Fuqaha Malikiyah berpendapat ianya haram. Sebahagian lainnya berpendapat ianya makruh. Mazhab Zaidiyah pula mengharuskan mengugurkan janin sebelum ditiupkan ruh secara mutlak tanpa sebarang syarat.

Adapun setelah kandungan mencapai empat bulan maka keseluruhan ulama bersepakat mengatakan haram menggugurkan kandungan tersebut melainkan jika dalam keadaan darurat. Sebagai contoh, berlaku kesukaran dalam melahirkan dan doktor pakar ada menyatakan kandungan tersebut akan memudaratkan si ibu jika dibiarkan dalam perut. Hukum ini adalah berdasarkan kaedah fiqh:

ارتكاب أخف الضرري

“diharuskan melakukan sesuatu yang memudarat untuk mengelak dari berlaku mudarat yang lebih besar”

Serta tidak ada pertikaian dalam kalangan Fuqaha bahawa jika nyawa janin dan nyawa ibu dalam situasi bahaya akan didahulukan keselamatan nyawa ibu kerana ibu adalah asal kejadian janin tersebut.

Kesimpulannya, berdasarkan pandangan para Fuqaha di atas, adalah haram mengugurkan kandungan setelah berusia empat bulan. Melainkan dalam situasi darurat seperti contoh di atas.

Wallahu a`lam.

 

Sumber:

https://www.dar-alifta.org/ar/ViewFatwa.aspx?ID=14601&Lang

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Artikel Ruwaq Jawi​​