Kesan Meletakkan Mas Kahwin Yang Tinggi

Siri#037

————————-

Diterjemahkan dan diolah oleh :

Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khairul Faizi Bin Samsuddin

(Pelajar Master Usul Fiqh,Universitiy Al-Azhar)

 

Solalan :

Di Negara India, terutamanya di Malibar menghadapi satu masalah sosial iaitu ramai daripada kalangan wanita muslim yang berumur masih belum menjalani alam perkahwinan. Ini adalah disebabkan mahar yang terlalu tinggi. Penanya ingin mengetahui apakah hukum syarak pada masalah meninggikan mahar?

Jawapan :

Baginda Nabi ﷺ  telah bersabda :

«يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ»

“Wahai para pemuda! Sesiapa daripada kalian yang berkemampuan dalam urusan pernikahan, hendaklah dia berkahwin. Adapun sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa, sesungguhnya puasa itu merupakan perisai baginya.” Hadis riwayat al-Bukhari.

Perkataan الباءة  atau urusan pernikahan yang dimaksudkan ialah nafkah isteri daripada makanan, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain.

Oleh itu, Islam tidak mensyaratkan bagi orang yang ingin berkahwin apa pun kecuali mempunyai kemampuan untuk menanggung nafkah keluarga yang bakal dibina supaya mereka boleh hidup dalam keadaan bermaruah. Dan tidak disyaratkan pun bagi orang yang ingin berkahwin itu kekayaan yang melampau.

Sebenarnya kewajipan mahar yang ditetapkan oleh Islam itu adalah untuk kepentingan perempuan itu sendiri, dan juga untuk menjaga maruah dan harga dirinya. Maka tidak boleh untuk kita jadikannya sebagai penghalang kepada perkahwinan atau sebagai beban kepada suami. Baginda Nabi  pernah bersabda berkenaan mas kahwin  kepada seorang yang ingin berkahwin :

«الْتَمِسْ وَلَوْ خَاتَمًا مِنْ حَدِيد»

“Carilah! Walaupun hanya sebentuk cincin besi” hadis riwayat al-Bukhari.

Sekiranya cincin besi sudah memadai untuk dijadikan mas kahwin kepada isteri, maka berlebih-lebihan dalam meletakkan mas kahwin itu bukanlah dari amalan Islam; ini kerana mas kahwin yang terlalu tinggi itu menjadi penghalang kepada perkahwinan dan bertentangan dengan tujuan asal perkahwinan; iaitu menjaga kehormatan pemuda pemudi dan memelihara kesucian individu dan masyarakat. Baginda Nabi  bersabda :

«أَعْظَمُ النِّسَاءِ بَرَكَةً أَيْسَرُهُنَّ صَدَاقًا»

“Perempuan yang paling berkat adalah yang paling mudah (urusan) mas kahwinnya” hadis riwayat al-Hakim dalam ‘al-mustadrak’.

Walaupun Islam tidak meletakkan had bagi mas kahwin, tetapi sunnah baginda nabi  yang suci menyeru supaya dipermudahkan urusan perkahwinan dan menggesa kepada yang demikian itu semampu mungkin.

Perlu kita ketahui bahawa golongan awal daripada sahabat baginda Nabi ﷺ   berkahwin dan mahar isteri mereka ialah mengajarkan mereka beberapa ayat daripada Al-Quran Al-Karim. Baginda Nabi  bersabda kepada seorang lelaki yang ingin berkahwin :

«زَوَّجْتُكَهَا عَلَى مَا مَعَكَ مِنَ الْقُرْآنِ»

“ aku nikahkan kau dengannya bermaharksn Al-Quran yang berada bersama kamu (apa yang dihafal). Hadis riwayat an-nasā’i.

Jadi, mengajarkan sebahagian daripada ayat Al-Quran itu merupakan mahar. Maka, sepatutnya kita tidak meninggikan mahar dengan melampau. Dinasihatkan kepada bapa-bapa di luar sana untuk memudahkan urusan perkahwinan anak perempuannya dengan apa cara sekalipun sekiranya ada pasangan yang baik, supaya kita dapat menjaga pemuda pemudi kita daripada perkara yang tidak baik.

Sesungguhnya baginda nabi  telah memberi menasihating amat baik kepada kita dengan sabdanya :

 «إِذَا جَاءَكُمْ مَنْ تَرْضَوْنَ دِينَهُ وَخُلُقَهُ فَأَنْكِحُوهُ إِلَّا تَفْعَلُوا تَكُنْ فِتْنَةٌ في الأَرْضِ وَفَسَادٌ»

“Sekiranya telah datang kepada kamu orang yang kamu redha akan agama dan akhlaknya, nikahkanlah ia. bimbang-bimbang berlaku kacau bilau dan kerosakan di dunia jika kamu tidak berbuat yang demikian”. Hadis riwayat At-Tirmizi.

Sesungguhnya nasihat ini adalah daripada jawāmi’ al-kalim (kata-kata yang merangkumi banyak makna) baginda Nabi  dan sepatutnya ia menjadi slogan bagi setiap bapa dalam isu perkahwinan. Wajib juga bagi mereka berpegang dan beramal dengannya untuk mengatasi masalah sosial (pemuda pemudi yang lambat berkahwin) dan mahar yang tinggi ini.

Wallahu a’lam.

 

Sumber :

https://www.dar-alifta.org/ar/ViewFatwa.aspx?ID=12643&Lang