loader image

Kenajisan Darah Ikan

Siri#022

——————————–

Diterjemah dan diolah oleh:

Ustaz Muhammad Nur Syawal Bin Ismail

(Graduan Syariah Islamiah,Universitiy Al-Azhar Kaherah,Mesir)

 

Siri Fatwa Darul Ifta Misriyah

Soalan:

Adakah darah ikan itu najis?

Jawapan :

Al-Imam Abu Ishaq Al-Syirazi menyatakan dalam kitabnya Al-Muhazzab (1/92):

 

وأما الدم فنجس؛ لحديث عمَّار رضى الله عنه، وفى دم السمك وجهان؛ أحدهما: نجس كغيره. والثاني: طاهر؛ لأنه ليس بأكثر من الميتة، وميتة السمك طاهرة فكذا دمه

 

“Adapun darah itu hukumnya najis berdasarkan hadith `Ammar رضى الله عن. Namun begitu, pada hukum kenajisan darah ikan itu terdapat dua Wajah (pandangan Ashab Syafi`iy): pendapat pertama mengatakan ianya najis seperti mana najis-najis yang lain. Pendapat kedua pula menyatakan ianya suci. Kerana ianya hanya sekadar sebahagian dari bangkai ikan itu, dan bangkai ikan itu suci maka begitu jugalah darahnya.”

 

Al-Imam Al-Nawawi menerangkan perkataan Al-Syirazi ini dalam Al-Majmu’ (2/557) dengan berkata:

 

وأما الوجهان في دم السمك فمشهوران، ونقلهما الأصحاب أيضًا في دم الجراد، ونقلهما الرافعي أيضًا في الدم المتحلب من الكبد والطحال، والأصحُّ في الجميع النجاسة، وممن قال بنجاسة دم السمك مالك وأحمد وداود، وقال أبو حنيفة: طاهر

 

“adapun dua Wajah pada dalam masalah hukum darah ikan, kedua-duanya pandangan yang masyhur (dalam kalangan Fuqaha). Para Ashab (Fuqaha Syafi’iyah )  juga ada menukilkan khilaf ini pada masalah darah belalang. Al-Imam Al-Rafi`iy juga menukilkan khilaf ini dalam masalah darah yang mengalir dari organ hati dan limpa. Namun pendapat yang Asoh ( yang rajih antara dua Wajah) adalah kesemua perkara tadi adalah najis. Imam Ahmad, Imam Malik dan Imam Daud juga berpendapat sedemikian rupa. Berbeza pula dengan Imam Abu Hanifah yang berpendapat ianya suci.”

 

Menurut Imam Ibn ‘Abidin dalam Hasyiahnya Raddul Muhtar (1/322):

 

والمذهب أن دم السمك طاهرٌ؛ لأنه دم صورة لا حقيقةـ.

 

“ menurut Mazhab, darah ikan itu suci. Kerana ianya hanya darah dari segi rupa namun bukan pada hakikat.”

 

Maka sebagai kesimpulan, boleh bertaklid dengan mazhab Hanafi yang berpendapat darah ikan itu tidak najis. Dan ini adalah berlawanan dengan yang Al-Asoh di sisi Fuqaha Syafi’iyah. Oleh itu ianya dimaafkan jika darah ikan terkena pada pakaian mahupun tubuh badan disebabkan adanya hajat keperluan. Terutamanya mereka yang sukar mengelak dari terkena darah seperti peniaga ikan atau suri rumah. Maka harus bagi golongan ini bertaqlid dengan pendapat yang menyatakan ianya suci. Dan tidak ada dosa bagi mereka menurut neraca Syariat.

Wallahu a`lam.

 

Sumber:

https://www.dar-alifta.org/ar/ViewFatwa.aspx?ID=12796&Lang

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Artikel Ruwaq Jawi​​