DANA PEMBELIAN BANGUNAN RUWAQ JAWI DI MESIR

Ruwaq Jawi dalam usaha untuk membeli sebuah bangunan yang bakal merangkumi dewan-dewan, kelas-kelas pengajian, maktabah dan pejabat pentadbiran Ruwaq Jawi di Kaherah Mesir.

“Apapun harta yang kalian infakkan, maka ALLAH pasti akan menggantikannya dan Dia adalah sebaik-baik pemberi rezeki”
– QS.Saba : 39 –

Bagi meneruskan agenda perjalanan dalam melahirkan ilmuan Islam ini dari alam Nusantara, Ruwaq Jawi sangat memerlukan dana sumbangan dari pelbagai agensi atau individu untuk memastikan kesinambungan dalam usaha melahirkan ilmuan islam pada masa akan datang. Semoga dengan sokongan dan dorongan dari semua pihak dapat merealisasikan impian Ruwaq Jawi dalam melahirkan ulama pewaris Nabi suatu masa akan datang.

 

RM 0
Jumlah Sasaran
RM 0
Jumlah Sumbangan Setakat ini

Pusat Pengajian Ruwaq Jawi dicetuskan oleh beberapa penuntut ilmu Al-Azhar Al-Thani bertujuan membina generasi ulama mengikut Manhaj Al-Azhar Al-Thani.

Pusat Pengajian Ruwaq Jawi menganjur kan pengajian berkitab bersama para ulama khususnya para ulama Al-Azhar Al-Thani.

Pusat Pengajian Ruwaq Jawi membawa harapan agar para Nusantara khususnya pelajar Malaysia mampu menelusuri perjalanan dan langkah para ulama’ untuk menjadi generasi ulama’ pada masa hadapan.

Anda tak tahu nak salurkan duit ke mana?,Nak bersedekah tapi takut kena scam?,Selalu bersedekah di jalanan tapi was-was duit disalurkan ke mana.

Infaq di Ruwaq Jawi anda akan lihat segala bentuk perkembangan yang digunakan dalam membantu pelajar-pelajar Universiti Al-Azhar Al-Thani dari segi pengajian dan pembelajarannya. Buat sementara waktu ini, Pusat Pengajian Ruwaq Jawi tidak mempunyai kelengkapan dari segi pembangunannya.

Dalam kesempitan ruang dari segi tempatnya, pelajar-pelajar Universiti Al-Azhar Al-Thani masih lagi gigih dan menunjukkan minat yang sangat tinggi dalam meneruskan pembelajaran mereka. Buat sementara waktu ini, mereka terpaksa menuntut ilmu dalam keadaan yang sesak di samping infrastruktur yang tidak mencukupi.

Oleh kerana Pusat Pengajian Ruwaq Jawi sehingga hari ini hanya menyewa premis sedangkan bilangan pelajar yang menghadiri kelas semakin hari semakin ramai, Yayasan Al Azhar Al-Thani telah bersetuju untuk melancarkan kutipan dana bagi tujuan Pembelian Bangunan Ruwaq Jawi di Kaherah, Mesir. Oleh itu, Ruwaq Jawi sukacita memaklumkan pembukaan INFAQ DANA PEMBELIAN BANGUNAN RUWAQ JAWI mulai Ramadhan ini sehingga mencukupi sasaran yang diperlukan.

Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan ALLAH, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), ALLAH akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan ALLAH Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
(Surah Al-Baqarah: 261).

Inilah saham akhirat yang tidak mempunyai risiko akan tetapi nisbah keuntungan 700% dan lebih sepatutnya menarik perhatian ramai untuk memilihnya. Ternyata sesiapa yang memberi kerana ALLAH, pasti akan mendapat pulangan dunia dan akhirat.(Surah Al-Baqarah: 261).

FADHILAT RAMADHAN

Bila lagi nak menderma kalau bukan sekarang. Lebih-lebih lagi menderma di dalam bulan Ramadhan, pahala berganda!

Rasullah SAW bersabda,
“Jagalah diri kalian dari api neraka, meski hanya dengan bersedekah sepotong kurma”.

Dengan kehadiran bulan yang suci iaitu bulan Ramadhan, mukmin yang berpuasa berlumba-lumba menambah amalan baik. Oleh yang demikian, umat Islam digalakkan bersedekah lebih banyak pada bulan ini. Selain dari menjadi alat penghapus dosa, pada bulan Ramadhan ini, amalan bersedekah akan menjadi sedekah jariah yang berterusan dengan pembersihan harta jika diberikan dengan sepenuh hati dan ikhlas.

Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadhan adalah melalui sedekah. Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah. Dan bulan Ramadhan, amalan ini menjadi lebih dianjurkan lagi. Dan demikianlah sepatutnya akhlak seorang mukmin, yaitu dermawan. Allah dan Rasul-Nya memerintahkan bahkan memberi contoh kepada umat Islam untuk menjadi orang yang dermawan serta pemurah. Ketahuilah bahwa kedermawanan adalah salah satu sifat Allah Ta’ala,

Mulakan Infaq Hari ini. Sesungguhnya Tangan Yang Memberi Lebih Baik Dari Tangan Yang Menerima.

Ruwaq Jawi? Adakah pusat pengajian ini ‘Legit’ dan sahih ?

Berikut adalah dokumen dari kenyataan media bahawa Pusat Pengajian Ruwaq Jawi dalam usaha mengumpul dana dalam membeli bangunan di Kaherah, Mesir.

Alhamdulillah, setakat ini sebanyak RM1.5 Juta dapat dikumpulkan dari hasil infaq orang ramai. Meskipun dana ini sudah berjalan sejak tahun lalu, Ruwaq Jawi masih lagi memerlukan sejumlah RM 2.5 juta untuk melengkapkan tabung dana ini demi mencapai impian untuk membeli bangunan pengajian tersebut.

Dana sebanyak RM300,000.00 yang diterima daripada Zakat Kedah tahun lepas.

Kini kami membuka peluang untuk anda bersama-sama menjadi salah satu bahagian dalam usaha mulia untuk melahirkan lebih ramai generasi ulama di negara kita.

Anda boleh berinfaq menerusi pakej – pakej yang telah di sediakan. Menerusi infaq ini, bukan sahaja anda berbelanja di jalan Allah, bahkan anda juga akan dapat menimba ilmu dengan menerima kitab hadith berbentuk ebook dan juga link penuh pengajian di YouTube Ruwaq Jawi.

Setiap sumbangan yang anda hulurkan, anda akan menerima:

Jenis 1

(Sumbangan RM200 ke atas)

- Hadiah e-book Kitab Hadith 40 Amalan Yang Mudah Namun Pahala Melimpah Ruah, beserta rakaman penuh pengajian.
- Link penuh pengajian di YouTube Ruwaq Jawi.
-Bacaan artikel Ilmiah di website ruwaqjawi.com

Jenis 2

(Sumbangan RM500 ke atas)

-Hadiah e-book Kitab Hadith 40 Amalan Yang Mudah Namun Pahala Melimpah Ruah, beserta rakaman penuh pengajian.
-Hadiah terjemahan Kitab Safinah al-Najah karya Ruwaq Jawi, beserta rakaman penuh pengajian.
- Link penuh pengajian di YouTube Ruwaq Jawi.
-Bacaan artikel Ilmiah di website ruwaqjawi.com

Jenis 3

(Sumbangan RM1000 ke atas)

-Hadiah e-book Kitab Hadith 40 Amalan Yang Mudah Namun Pahala Melimpah Ruah, beserta rakaman penuh pengajian.
-Hadiah terjemahan Kitab Safinah al-Najah karya Ruwaq Jawi, beserta rakaman penuh pengajian.
- Hadiah e-book terjemahan Kitab Kharidah Bahiyyah beserta rakaman penuh pengajian.
- Link penuh pengajian di YouTube Ruwaq Jawi.
-Bacaan artikel Ilmiah di Web ruwaqjawi.com

Jenis 4

(Sumbangan bawah RM200)

- Hadiah e-book Kitab Hadith 40 Amalan Yang Mudah Namun Pahala Melimpah Ruah, beserta rakaman penuh pengajian.
- Link penuh pengajian di YouTube Ruwaq Jawi.
-Bacaan artikel Ilmiah di website ruwaqjawi.com

Bantulah Ruwaq Jawi, berinfaqlah kepada tabung dana untuk pembelian bangunan Ruwaq Jawi dengan harapan anda adalah sebahagian dalam proses penyebaran ilmu dan mudah – mudahan semua amalan kita berkekalan dan di terima oleh Allah SWT, In shaa Allah.

Dengan Infaq Ramadhan ini, sama-sama kita menuju syurga Allah dengan menjadikannya sebagai salah satu amalan yang meliputi pahala berganda-ganda. 

Sumbangan anda amat bermakna kepada kami

© Copyright Ruwaq Jawi 2021