Ibu Tiri Mahram Ke ?

Siri#039

————————————-

Diterjemahkan dan diolah oleh :

Al-Fadhil Ustaz Muhammad Nur Syawal Bin Ismail

(Graduan Syariah Islamiyah,Universitiy Al-Azhar)

 

Siri Fatwa Darul Ifta’Misriyyah

Soalan:

Adakah Syarak memberikan hukum mahram antara saya dan ibu tiri? Bolehkah saya bermusafir dan berdua-duaan dengan ibu tiri saya?

Jawapan:

Berkata Imam Ibn Qudamah dalam Al-Mughni:

“Adalah haram ke atas seseorang berkahwin dengan isteri ayahnya (ibu tiri), tidak kira nasab tersebut dekat atau jauh, juga tidak kira samada dia merawisi ayahnya atau tidak, juga tidak kira samada hubungan mereka nasab mahupun susuan. Kerana umunya ayat 22  Surah Nisa 22  :

وَلَا تَنكِحُوا مَا نَكَحَ ءَابَاؤُكُم مِّنَ ٱلنِّسَاءِ إِلَّا مَا قَدۡ سَلَفَ

“Dan janganlah kamu menikahi perempuan yang telah dinikahi oleh ayah kamu melainkan apa yang berlaku sebelum ini”

Imam Al-Nasaie meriwayatkan daripada Al-Bara bin `Azib:

لَقِيتُ خالي ومعه الراية، فقلت: أين تريدُ؟ قال: أرسلني رسولُ الله صلى الله عليه وآله وسلم إلى رجل تزوج امرأة أبيه مِن بعده أَن أَضرِبَ عُنُقَه -أو: أقتلَه-

“Aku telah bertemu dengan pakcikku (sebelah ibu) dan aku mendapati dia membawa panji (sebagai tanda membawa urusan dari Rasulullah) lalu aku bertanya: “ke mana pakcik mahu pergi?” lalu dia menjawab “Rasulullah صلى الله عليه وسلم  mengutuskan aku untuk menangkap seorang lelaki yang telah berkahwin dengan ibu tirinya agar aku melaksanakan hukuman pancung ke atasnya”

Dalam hal ini sama sahaja hukumnya. Isteri bapanya atau isteri datuknya (sebelah ayah juga sebelah ibu), dekat mahupun jauh. Dan tidaklah kami tahu ada khilaf dalam masalah ini” –selesai nukilan kalam Ibn Qudamah-

 

Sebagai kesimpulan, isteri bapa (ibu tiri) itu adalah mahram selamanya buat kamu. Tidak boleh dia menghawini ibu tirinya setelah bapanya meninggal dunia atau mentalaqkannya. Juga diharuskan kamu bermusafir dengan ibu tiri kamu dan berdua-dua dengannya.

Wallahu a`lam

 

Sumber :

https://www.dar-alifta.org/ar/ViewFatwa.aspx?ID=14438&Lang