loader image

Ibu Suruh Ceraikan Isteri . Perlu Ke Taat?

Ibu Suruh Ceraikan Isteri . Perlu Ke Taat?

Siri#044

————————————-

Diterjemahkan dan diolah oleh :

Al-Fadhil Ustaz Muhammad Nur Syawal Bin Ismail

(Graduan Syariah Islamiyah,Universitiy Al-Azhar)

 

Siri Fatwa Darul Ifta’Misriyyah

Soalan:

Sudah 17 tahun saya mendirikan rumah tangga. Saya dan isteri menetap bersama keluarga dalam satu rumah. Namun tiga tahun setelah saya berkahwin timbul konflik dalam keluarga. Ibu dan adik beradik saya mula menzahirkan rasa benci terhadap isteri saya sehingga saya terpaksa ambil keputusan untuk berpindah demi menyelamat keadaan. Perkara ini berlanjutan sehingga kini. Setiap kali saya menziarahi ibu dan adik-beradik yang lain mereka akan melayan saya dengan cara yang saya tidak senang hati. Ini membuatkan saya agak sedikit menyesal dengan perkahwinan ini. Sampai satu ketika mereka meminta saya untuk menceraikan isteri saya.

Apakah hukum Islam dalam masalah ini? Perlukah saya mentaati ibu saya dalam soal talak?

Jawapan:

Syariat Islam membenarkan suami menceraikan isterinya jika didapati ianya memudaratkan kehidupan mereka berdua. Ianya dianggap solusi terakhir bagi meluruskan keadaan keluarga dan individu itu sendiri. Maka tidak boleh seorang suami melafazkan talak sesuka hati tanpa sebarang alasan yang munasabah. Hal ini kerana talak adalah perkara halal yang paling dibenci oleh Allah ta`ala. Berkata Rasulullah صلى الله عليه وسلم dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, Ibn Majah dan Al-Baihaqi:

«أَبْغَضُ الْحَلَالِ إِلَى اللهِ الطَّلاقُ»

“perkara halal yang paling dibenci oleh Allah adalah talak”

 

Oleh itu talak adalah rukhsoh (kemudahan) yang diberikan kepada suami. Sesiapapun tidak boleh campur tangan dalam urusan talak ini walaupun mereka adalah ibu dan ayah suami. Talak ini merupakan hak eksklusif untuk suami tidak boleh berpindah ke tangan orang lain. Keengganan suami menurut ibunya dalam soal kelansungan rumah tangga dan talak tidaklah dianggap menderhakai ibu bapa dalam syariat Islam selagi mana si suami tadi redha hidup bersama dengan isterinya dan isterinya tadi menjaga hak-hak suaminya dan orang lain.

Kesimpulannya, berdasarkan keterangann di atas, haram bagi ibu bapa juga beradik-beradik suami masuk campur dalam urusan talak.  Dan tidak sepatutnya si suami tadi menuruti kehendak mereka. Hal ini bertepatan dengan sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم dalam sebuah Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad:

«لَا طَاعَةَ لِمَخْلُوقٍ فِي مَعْصِيَة الله عَزَّ وَجَلَّ»

tidak ada ketaatan dalam perkara maksiat kepada Allah ta`ala” 

Wallahu a`lam

 

Sumber:

https://www.dar-alifta.org/ar/ViewFatwa.aspx?ID=15448&Lang

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Artikel Ruwaq Jawi​​