loader image

HUKUM MENYEMBELIH DENGAN MENGGUNAKAN PERALATAN ELEKTRIK

HUKUM MENYEMBELIH DENGAN MENGGUNAKAN PERALATAN ELEKTRIK

Diterjemahkan dan diolah oleh :

Al-Fadhil Ustaz Atif Bin Abdullah

(Graduan Darul Ifta’Misriyyah)

FATWA NO 5420

FADILAT ALSYEIKH HASAN MAKMUN

Sesungguhnya Allah taala menjadikan sembelih sebagai syarat untuk penghalalan memakan binatang yang halal dimakan pada syara’,dan para fuqaha’ telah mensyaratkan beberapa syarat untuk halalnya suatu sembelihan antaranya syarat yang berkaitan dengan alat sembelihan,sebahagian lagi berkaitan dengan orang yang melakukan penyembelihan,dan lainnya yang berkaitan dengan tempat disembelih.

Adapun peralatan yang digunakan untuk menyembelih,para fuqaha’telah menetapkan dua syarat

Pertama : mestilah alat yang tajam yang memotong dengan ketajamannya bukan dengan beratnya.

Kedua : peralatan itu bukanlah gigi atau kuku,jadi apabila terhimpun dua syarat ini pada suatu alat maka halal sembelihan itu sama ada diperbuat daripada besi atau batu atau kayu;kerana Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam telah bersabda :

“Setiap alat yang mengalirkan darah dan disebut nama Allah padanya maka makanlah selagi ia(alat sembelihan) bukan gigi atau kuku”-riwayat Abu Daud-walaupun yang sunnahnya disembelih dengan pisau yang tajam.

Manakala syarat orang yang melaksanakan sembelihan : para fuqaha’ telah menaskan bahawa setiap sembelihan oleh orang yang mampu menyembelih sama ada dari kalangan muslim atau ahli kitab adalah halal dimakan jika dibaca basmalah atau terlupa menyebutnya,jadi setiap sembelihan oleh mereka yang mampu menyembelih sama ada muslim atau ahli kitab,lelaki atau perempuan,dewasa atau kanak-kanak adalah halal dan tiada khilaf yang diketahui padanya .

Allah taala berfirman :

وَطَعَامُ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ حِلٌّ لَكُمْ

“dan halal makanan mereka yang diberikan kitab untuk kalian”.-iaitu sembelihan mereka,dan tiada beza antara adil dan fasik dari kalangan muslim dan ahli kitab.[المائدة: 5]

     Para fuqaha’ berselisih pendapat pada mensyaratkan ‘tasmiah’ dengan nama Allah ketika menyembelih;berdasarkan Imam Ahmad bahawasanya ‘tasmiah’ tidak wajib sengaja atau terlupa dan itu juga pendapat Imam al-Syafie,dan merupakan pendapat masyhur dalam mazhabnya tetapi para imam yang lain mensyaratkannya ketika ingat dan dimaafkan ketika terlupa.

     Namun jika tidak diketahui keadaan penyembelih sama ada dia menyebut nama Allah atau tidak menyebutnya atau menyebut nama selain Allah atau tidak,hukum sembelihannya tetap halal;kerana Allah taala mengharuskan kepada kita untuk makan sembelihan yang disembelih muslim dan ahli kitab,dan kita tidak mampu untuk meneliti setiap penyembelih.

Telah diriwayatkan daripada Sayyidah A’isyah radiayallahu anha bahawasanya para sahabat bertanya :

“Wahai rasulullah,sesungguhnya orang ramai masih dekat dengan zaman syirik(baru memeluk islam),mereka membawa kepada kami daging yang tidak diketahui adakah disembelih dengan menyebut nama Allah kepadanya atau tidak menyebutnya”. Maka jawab baginda : “bacalah kalian Bismillah dan makanlah” Riwayat oleh al-Bukhari.

     Adapun hukum sembelihan yang disebut nama selain Allah,telah diriwayatkan oleh sebahagian ulama’ halal memakannya sekiranya penyembelih adalah ahli kitab;kerana dia menyembelih mengikut hukum agamanya dan itulah yang dipegang dalam agamanya sebelum turunnya al-Quran serta dihalalkan dalam kitab mereka tetapi pendapat jumhur ulama’ berpandangan haram memakannya jika dia menyaksikannya dan mengetahuinya .

Firman Allah taala :

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللهِ بِهِ

“sesungguhnya diharamkan keatas kamu bangkai dan darah dan daging khinzir dan setiap binatang yang disembelih tidak kerana Allah”;[النحل: 115]sama ada penyembelih itu muslim atau ahli kitab.

     Manakala syarat tempat sembelih;ulama mensyaratkan mestilah sembelihan itu di antara leher dan dada dengan cara memotong halkum(saluran pernafasan) dan mari’(saluran makanan) dan salah satu urat “wadajain”(urat darah) di sisi mazhab Hanafi dan mazhab Maliki mengatakan wajib dipotong halkum dan wadajain tetapi tidak disyaratkan dipotong mari’ dan para ulama’ mazhab Syafie dan Hanbali mensyaratkan mesti dipotong halkum dan mari’.

     Oleh kerana penanya tidak menyatakan cara sembelihan dengan peralatan elektronik yang ingin diketahui status kehalalannya,maka kami nyatakan di sini sekiranya dipenuhi syarat yang disebutkan pada penyembelih yang mengoperasikan alat itu dan pada alat itu ada pisau yang memotong urat-urat yang wajib dipotong seperti yang diterangkan maka mesin itu dianggap seperti pisau ditangan penyembelih jadi halallah sembelihannya tetapi jika tidak memenuhi syarat yang disebut maka tidak dihalalkan sembelihannya iaitu sekiranya mesin itu menyembelih dengan cara renjatan elektrik atau menjerut atau mematikan dengan cara yang lain selain yang disebutkan tadi maka tidak halal untuk dimakan sembelihannya.

Wallahu taala aklam.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Ruwaq Jawi​​

Disediakan oleh : Al-Fadhil Ustaz Affan Bin Azizan ( Panel Penyelidikan Ruwaq Jawi ) Merokok