loader image

Hukum Menggunakan Harta Bayi Untuk Melaksanakan Aqiqah Baginya

Hukum Menggunakan Harta Bayi Untuk Melaksanakan Aqiqah Baginya

Siri#028

———————————-

Diterjemahkan dan diolah oleh :

Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khairul Faizi Samsudin

(Pelajar Master Usul Fiqh,Universiti Al-Azhar)

 

Siri Fatwa Darul Ifta’Misriyyah

Soalan :

Adakah boleh menggunakan harta bayi untuk melaksanakan aqiqah baginya?

Jawapan :

 

Akikah adalah ibadah/amalan sunat yang sangat dituntut ke atas ayah kepada bayi ataupun orang yang wajib menafkahi bayi tersebut (ketika ketiadaan ayah). Tidak boleh bagi orang lain melaksanakan akikah kecuali sekiranya diizinkan oleh ayah si bayi atau orang yang wajib menafkahi bayi tersebut untuk melaksanakan akikah bagi pihaknya (wakil kepada ayah).

 

Dan tidak boleh mengambil harta bayi untuk melaksanakan akikah; kerana akikah merupakan tabarru’ (pemberian secara sukarela), justeru  tabarru’ (memberi secara sukarela) daripada harta bayi adalah dilarang dari segi syarak memandangkan ia masih di bawah umur; maka tidak boleh tabarru’ (memberi secara sukarela) menggunakan hartanya.

Syeikh Zakaria al-Ansōri menyatakan dalam kitabnya Asnā al-Mathōlib Syarah Roudhu at-Thōlib (1/548)

[(فَصْلٌ: وَإِنَّمَا تُسَنُّ) الْعَقِيقَةُ (لِمَنْ عَلَيْهِ النَّفَقَةُ) لِلْوَلَدِ (لَا مِنْ مَالِ الصَّبِيِّ) الْأَوْلَى الْوَلَدُ فَلَا يَعُقُّ مِنْ مَالِهِ؛ لِأَنَّ الْعَقِيقَةَ تَبَرُّعٌ، وَهُوَ مُمْتَنِعٌ مِنْ مَالِهِ؛ فَلَوْ عَقَّ مِنْ مَالِهِ ضَمِنَ] اهـ.

 

“(fasal : dan hanya sanya disunatkan) akikah (bagi orang yang wajib keatasnya nafkah) untuk bayi ( bukan dari harta bayi)  -seeloknya [menggunakan perkataan] Al-Walad-, maka tidak diakikahkan daripada hartanya, Karana akikah itu merupakan  tabarru’ (pemberian secara sukarela), dan dilarang menggunakan harta bayi untuk tujuan yang demikian. Maka sekiranya telah dilaksanakan akikah menggunakan harta bayi, hendaklah dibayar ganti rugi.”

 

Mengikut perincian di atas, maka tidak boleh melaksanakan akikah menggunakan harta bayi sekiranya dia mempunyai hartanya sendiri, sama ada daripada perwarisan atau sebagainya. Dan larangan (dari mengambil harta si bayi) ini tidak melibatkan harta yang menjadi milik kedua-dua ibu bapa atau salah seorang dari mereka dengan sebab bayi yang dilahirkan, seperti apa yang dikenali oleh orang ramai (arab Mesir) sebagai al-mujāmalah atau an-nuqūth (iaitu wang atau hadiah yang diperoleh sempena kelahiran anak) atau selain daripada itu.

Wallahu a’lam.

Sumber :

https://www.dar-alifta.org/ar/ViewFatwa.aspx?ID=14392

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Artikel Ruwaq Jawi​​