loader image

Hukum membersihkan gigi menggunakan air dan ubat gigi ketika sedang berpuasa.

Hukum membersihkan gigi menggunakan air dan ubat gigi ketika sedang berpuasa.

Siri#025

———————————–

Diterjemahkan dan diolah :

Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khairul Faizi Samsudin

(Pelajar Master Usul Fiqh,Universiti Al-Azhar)

 

Siri fatwa Darul Ifta’Misriyyah

Soalan :

Adakah orang yang berpuasa dibolehkan untuk membersihkan gigi menggunakan air dan ubat gigi ketika dia sedang berpuasa?

Jawapan :  [Yang Berbahagia Profesor Dr. Ali Jum’ah Muhammad]

Penggunaan air dan ubat gigi untuk membersihkan gigi pada siang hari berpuasa dibolehkan selagi mana air dan ubat gigi tersebut tidak masuk ke bahagian dalam (badan) sedikit pun. Kerana perkara yang membatalkan puasa adalah masuknya sesuatu ke bahagian dalam (badan) melalui rongga terbuka. Dan sebaiknya bagi si penanya untuk melakukan perkara tersebut pada waktu lain, selain daripada waktu puasa supaya ia dapat menjauhi diri daripada waswas dan bisikan syaitan.

Wallahu a’lam.

Sumber :

https://www.dar-alifta.org/ar/ViewFatwa.aspx?ID=13221&Lang

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Artikel Ruwaq Jawi​​