loader image

Firman Allah dalam surah Al Baqarah

۞ إِنَّ ٱلصَّفَا وَٱلۡمَرۡوَةَ مِن شَعَاۤىِٕرِ ٱللَّهِۖ فَمَنۡ حَجَّ ٱلۡبَیۡتَ أَوِ ٱعۡتَمَرَ فَلَا جُنَاحَ عَلَیۡهِ أَن یَطَّوَّفَ بِهِمَاۚ وَمَن تَطَوَّعَ خَیۡرࣰا فَإِنَّ ٱللَّهَ شَاكِرٌ عَلِیمٌ

Mafhumnya : Sesungguhnya “Safa” dan “Marwah” itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) ugama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya. Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui.

(Al Baqarah 158)

Di dalam ayat ini Allah taala menegaskan bahawa kita adalah sambungan daripada risalah yang dibawa oleh para rasul terdahulu terutama sekali Nabi Ibrahim alaihisalam.

Baginda nabi Ibrahim telah diajarkan oleh Tuhannya bahawa Safa dan Marwah adalah sebahagian daripada lambang syiar agama Allah. Kaum arab selepas itu mewarisi perkara ini akan tetapi terpesong ke arah kesyirikan dimana mereka berpaling daripada Agama Hanif yang suci yang diwarisi daripada Nabi Ibrahim kepada mensyirikkan Allah.

Namun begitu mereka masih tetap memuliakan dan meninggikan Baitullah Alharam. Mereka juga masih mengekalkan tawaf daripada permulaanya serta saie antara Safa dan Marwah.

Sesetengah daripada orang Islam beranggapan bahawa agama Islam datang dan menghancurkan semua kepercayaan dan perbuatan kaum Arab Jahiliah dengan anggapan seolah-olah sebuah revolusi sepertimana Revolusi Bolshevik (1917) yang diadakan di Rusia. Ketika mana kumpulan revolusi berjaya menguasai kerajaan mereka mengeluarkan arahan supaya ditangkap dan dibunuh semua mereka yang ada kaitan dengan Keluarga Diraja Kaisar Maharaja Rusia pada waktu itu.

Tiba-tiba, bekalan elektrik di kota Moskow terputus kemudian setelah disiasat rupanya jurutera elektrik yang bertugas telah dibunuh oleh tentera revolusi kerana beliau juga ada kaitan dengan Keluarga Diraja Kaisar. Oleh kerana suruhan yang menyatakan mesti dibunuh maka beliau juga terbabit sama.

Sikap radikal dan kejam ini telah menghancurkan cendikiawan dan juga negara. Daripada kisah ini Allah taala mengajarkan kita apa yang berlaku apabila hanya mementingkan diri sendiri dan menyangka untuk membina sesuatu yang baharu segala yang lama harus dihancurkan dan dihilangkan, ini adalah satu musibah.

Adapun Al Quran adalah kitab yang memberi petunjuk sebenar serta pedoman kepada bangsa umumnya. Lihat apa yang disebutkannya “Kami datang untuk mencegah kebatilan bukan mencegah semua yang datang sebelum kami secara total tidak kira sama ada benar ataupun salah, bahkan kami datang untuk mengubah perkara yang batil kepada yang benar.”

Maka baginda rasulullah sallallahualaihiwasalam mengekalkan apa yang dibawa oleh Nabi Ibrahim alaihisalam. Baginda mengajarkan mereka cara tawaf dan saie dengan cara yang benar. Baginda juga secara tidak langsung mengajarkan kita bahawa mereka yang menyangka untuk setiap pembaharuan harus dihilangkan segala perkara terdahulu adalah pendapat yang salah dan harus dihilangkan daripada fikiran kita. Haruslah kita kembali kepada neraca yang benar. Oleh itu ayat yang disebutkan tadi adalah panduan utama untuk segala perubahan serta syarat yang paling besar untuk mendapat perubahan yang benar dengan mengekalkan kebenaran sebagaimana yang sepatutnya.

Firman Allah :

وَلَا یَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰۤ أَلَّا تَعۡدِلُوا۟ۚ ٱعۡدِلُوا۟ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ

Mafhumnya : dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. (AlMaidah: 8)

Baginda juga mengajarkan kita sifat insaf yakni berlaku adil. Maka sesiapa yang ingin membuat perubahan harus bersikap sedemikian. 

Safa dan Marwah adalah sebahagian daripada Syiar agama Allah. Maka sesiapa yang ingin melaksanakan haji atau umrah hendaklah dia mengekalkanya kerana ianya adalah benar disisi agama seperti yang diwarisi daripada Nabi Ibrahim dan bukanlah apa yang dikotori dengan kesyirikan dan kemungkaran jahiliah.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Ruwaq Jawi​​

Bahaya Pelampau Agama

Mantan Mufti Mesir Prof. Dr. Aliyy bin Jum’ah adalah antara ulama terkemuka peringkat dunia yang

Para penyair dan jurucakap Nabi Muhamad ﷺ : Ka’ab bin Malik, Abdullah bin Rawahah dan