loader image

Diterjemahkan dan diolah :

Al-Fadhil Ustaz Atif Bin Abdullah

(Graduan Darul Ifta Misriyyah)

FATWA NO 873

ASYSYEIKH HASANAIN MUHAMMAD MAKHLUF

     Menyembelih korban merupakan ibadah yang disyariatkan pada hari raya korban,dan disunatkan menyedekahkan sebahagian dagingnya kepada orang miskin disisi mazhab Maliki dan Hanafi sekiranya pembuat korban tidak mempunyai keluarga yang memerlukan kepadanya,dan wajib memberi makan kepada fakir dan miskin sebahagian dari daging korban disisi mazhab Syafie dengan penetapan 1/3 bahagian tetapi yang lebih afdal menyedekahkan kesemuanya kepada mereka,kerana ia termasuk dalam bab memberi kesenangan dan berbuat baik dan cara untuk memudahkan orang miskin dapat menikmati daging pada hari raya,tetapi yang lebih sesuai pada masa ini ;

Untuk menyeimbangkan di antara sistem penawaran dan permintaan serta sebagai usaha untuk menurunkan harga barang,tidak sepatutnya orang-orang kaya membanyakkan sembelihan hingga menyebabkan pembaziran seperti kebiasaan mereka dan memadai berkorban dengan kadar yang dituntut syara’ dengan memberi sebahagiannya atau keseluruhannya untuk dimakan oleh orang fakir dan miskin sebagai cara berbuat baik dan ihsan kepada mereka.

     Manakala bersedekah dengan duit sekadar harga bahagian korban kepada orang miskin tidak memadai untuk menggantikan sembelihan korban disisi mazhab Hanafi dan pendapat yang zohir bagi mazhab Assyafie,kerana tujuan disyariatkan korban adalah taa’bbudi(ibadah) dengan menumpahkan darah dan memberi makan fakir dengan daging yang susah untuk mereka dapati pada hari-hari biasa,dan pendapat yang masyhur dan rajih disisi mazhab Maliki dan riwayat dari Imam Ahmad serta sebahagian para ulama bahawasanya menyembelih korban lebih afdal dari bersedekah dengan harganya,dan terdapat satu riwayat yang lemah dari Imam Malik bahawa bersedekah dengan duit lebih afdal seperti yang disebutkan di dalam Muwatta’ dan kitab-kitab mazhabnya.

     Manakala bersedekah dengan barangan lain yang sama nilai dengan bahagian korban selain dari duit tidak pernah disebutkan oleh mana-mana ulama,dan pada pendapat saya sebaiknya diambil pendapat jumhur ulama ;

kerana dalilnya lebih kuat dan lemahnya riwayat dari Imam Malik kerana jika dibuka pintu untuk bersedekah sebagai ganti  kepada korban akan membawa kepada orang ramai meninggalkan syiar agama ini pada masa akan datang,dan mencacatkan ibadah dengannya,dan untuk mengikut perbuatan Nabi sallalahu alaihi wasallam,dan merosakkan hikmah disyariatkannya,begitu juga ia akan membawa kepada jatuhnya harga haiwan korban pada masa akan datang sehingga memudaratkan para penternak kerana dibenarkan bersedekah dengan harganya sebagai ganti kepada korban dan menyebabkan orang miskin bersesak-sesak untuk membeli daging tanpa mengira harganya yang ditetapkan oleh kementerian berkenaan ;

kerana pembelian daging oleh orang miskin dan pembelian haiwan korban memberi kesan yang sama kepada negara,sekiranya tidak dibeli daging akan menyebabkan kesenangan pada waktu itu tidak dapat dicapai.

     Dan Allah taala menghendaki supaya diberi kesempatan berbuat baik kepada orang miskin dengan memberi mereka merasai apa yang dinikmati orang kaya dengan tujuan yang mulia berkaitan dengan sistem kemasyarakatan dan hubungan antara orang miskin dan kaya,dan dari sini jelaslah rajihnya pendapat jumhur ,dan sebaiknya diambil kira langkah untuk mengekalkan ummah untuk menghidupkan syiar agama dan kemasyarakatan ini dengan menggalakkan orang kaya untuk menyembelih korban tanpa membawa pembaziran melebihi keperluan.

Wallahu subhanahu wataa’la a’lam.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Ruwaq Jawi​​