loader image

BERDUA KERANA URUSAN.ADAKAH DIKIRA BERKHALWAT?

BERDUA KERANA URUSAN.ADAKAH DIKIRA BERKHALWAT?

Disediakan oleh :

Al-Fadhil Ustaz Hadi Johari

Panel Penyelidikan Ruwaq Jawi

—————————————

Soalan :

Salahkah saya berbincang dengan doktor dalam bilik tanpa kehadiran mahram atau mana mana orang ketiga?Adakah dikira khalwat?(wanita)

Jawapan :

1)Dalam Hasyiah Al Bujairimi dan hasyiah As Syabramalissi menyebutkan dhabit khulwah yang muharramah ialah:

“Pertemuan yang tidak sunyi dari keraguan pada ADAT…maka sekiranya dapat dipastikan keraguan itu tiada,maka ia tidak dinamakan khulwah”

2)Perbincangan didalam bilik diantara doktor dan pesakit,majikan dan perkerja,dan seumpamanya pada adatnya ternafi keraguan dan fitnah kerana umum mengetahui ia pertemuan urusan,tugas,perbincangan,negosasi dan seumpamanya.

3)Dhobit Dr Ali Jumuah ,antara yang wujud keraguan pada adat itu ialah mana mana pertemuan yang menyebabkan seseorang itu perlu mintak izin untuk melihat mereka duduk berdua,seperti didalam rumah,atau di dalam hotel,atau di dalam pejabat diluar waktu kerja ketika orang dah pulang,ini semua adalah khulwah kerana pada adatnya akan berlaku fitnah.

4)Seperti didalam teksi,kereta,ia tidak dinamakan khulwah,kerana tidak perlu mintak izin dan pada adatnya tidak timbul keraguan.Tetapi jika berduaaan dengan bukan mahram didalam kereta dengan tujuan yang haram,walaupun orang boleh melihat,sekalipun ternafi khulwah….ia tetap haram dengan sebab ikhtilat yang tidak syarie kerana mempunyai tujuan yang tidak syarie.

5)Khulwah adalah ikhtilat ,tetapi tidak semua ikhtilat boleh dianggap khulwah.

6)Khulwah dan ikhtilat di sebut haram wasilah,maka mesti dilihat sejauh mana wasilah itu bekerja sehingga menghasilkan natijah haram.Jika potensinya terlalu besar membawa kepada haram,seperti fitnah orang atau keraguan orang,ia adalah haram.Demikian jua jika potensinya terlalu besar untuk fitnah keatas diri sendiri seperti syahwat,zina dan lain2 sekalipun ia tidak melibatkan pandangan/ fitnah orang ramai.

Wallahu A’lam.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Ruwaq Jawi​​