loader image

BERBILANG-BILANG SOLAT JUMMAT

Diterjemahkan dan diolah oleh :

Al-Fadhil Ustaz Affan Bin Azizan

(Panel Penyelidikan Ruwaq Jawi)

Soalan : Apakah hukum menunaikan solat Zohor selepas solat Jumaat jika cukup syarat
menunaikan solat Jumaat di satu kawasan yang tidak boleh berbilang-bilang solat Jumaat bagi pengikut mazhab Syafi’i. Hal ini kerana kami di Syisyan mengikut mazhabSyafi’i sahaja serta tidak diamalkan mazhab-mazhab lain di sini.


Jawapan : Sepertimana yang telah maklum di sisi syarak, tujuan melaksanakan solat Jumaat ialah untuk menzahirkan lambang perhimpunan dan persepakatan suara umat islam. Maka jumhur ulama meletakkan syarat bahawa solat jumaat di suatu negeri tidak boleh didahului atau pun berlaku serentak dengan solat Jumaat yang lain pada negeri yang sama melainkan jika negeri tersebut telalu luas dan sukar untuk berhimpun pada satu tempat, maka dibenarkan berbilang-bilang solat Jumaat berdasarkan keperluan.

Terdapat dua pendapat disisi ulama mazhab Syafi’I berkaitan hal ini :

1) Harus berbilang-bilang solat Jumaat berdasarkan keperluan. Ini pendapat yang
mu’tamad.


2) Tidak harus berbilang-bilang solat Jumaat walaupun wujud keperluan.Berdasarkan khilaf ini, mereka melanjutkan perbahasan bahawa disunatkan solat Zohor selepas solat Jumaat di kawasan yang berbilang-bilang solat Jumaat serta tidak diketahui adakah solat Jumaat yang ditunaikan itu mendahului solat Jumaat yang lain supaya mengambil jalan keluar dari khilaf.


Adapun di sisi mazhab Hanafi, mereka berpendapat harus berbilang-bilang solat Jumaat di sesuatu kota. Imam Sarakhsi berkata ini merupakan pendapat yang sahih dalam mazhab.

Kesimpulannya :

1) Antara syarat sah solat Jumaat di sisi jumhur ulama, tidak boleh didahului atau berlaku serentak dengan solat Jumaat yang lain pada kawasan yang sama tanpa ada keperluan.

2) Boleh berbilang-bilang solat Jumaat jika ada keperluan seperti tempat solat yang sempit dan sukar berhimpun pada satu tempat.

3) Disunatkan solat Zohor kerana ihtiyat (berhati-hati) dan keluar dari khilaf ulama yang berpendapat tidak boleh berbilang-bilang solat Jumaat walaupun wujud keperluan jika seseorang itu tidak pasti adakah solat Jumaat yang ditunaikannya didahului oleh solat Jumaat yang lain atau berlaku serentak. Mengambil jalan ihtiyat ini disunatkan sahaja, tidak wajib.

Berdasarkan penjelasan di atas dan situasi orang yang bertanya, sunat menunaikan solat Zohor selepas solat Jumaat atas pendapat ulama yang mengatakan demikian. Tidak boleh mengingkari perbuatan ini.Hendaklah kita berlapang dada sebagaimana manhaj ulama salaf kita yang beradab ketika berlaku khilafantara mereka.

Wallahu aˋlam

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Ruwaq Jawi​​

Disediakan oleh : Al-Fadhil Ustaz Affan Bin Azizan ( Panel Penyelidikan Ruwaq Jawi ) Merokok