loader image

Al-Bayan

SIRI #001

ISU SEMASA

Dr. Majdi Ashour
Penasihat Akademi Mufti Mesir

Ramai orang bertanya: Adakah wabak penyakit berjangkit yang menular ketika ini dikira sebagai HUKUMAN dari Allah Taala?

Pertama sekali: Kita perlu tahu bahawa ujian ini bukan semata-mata mudharat yang kita nampak pada luaran sahaja atau sesuatu yang kamu mahu tetapi tidak dapat kerana Allah Taala tidak beri; bahkan ujian dan bala’ ini juga berlaku pada perkara-perkara yang kita nampak ia membawa manfaat buat kita dan kita juga suka perkara tersebut, perkara itu kita panggil kurniaan (ujian dalam bentuk kurniaan/pemberian), buktinya firman Allah Taala:

وَبَلَوْنَاهُمْ بِالْحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

“ Dan kami uji mereka dengan nikmat pemberian yang baik-baik dan bala bencana yang buruk, supaya mereka kembali (bertaubat) ”  (Surah Al-A’raf : 168).

Yang kedua: Tiada seorang pun dalam kalangan ulama’ yang mampu memberi kata putus bahawa bala’ ini merupakan hukuman dari Allah Taala, kerana penetapan dalam perkara ini adalah urusan ghaib yang hanya Allah Taala sahaja mengetahuinya, lagipun wabak penyakit berjangkit ini terkena serentak kepada orang yang beriman dan juga orang yang tidak beriman.

Ketiga: Tujuan dari segala bentuk bala’ ini adalah untuk menyingkap apa yang ada pada diri insan, khususnya pada diri orang yang beriman dari sudut peribadi serta akhak mulia (yang ditunjukkannya walaupun sedang berada dalam keadaan genting) sangat disukai Allah Taala dan RasulNya ﷺ; disebabkan tujuan inilah ungkapan akhir pada ayat yang telah disebut tadi dan juga pada ayat yang lainnya menyatakan betapa pentingnya tanggungjawab kita ketika ini agar segera kembali kepada Allah Taala, begitu juga pada ayat yang lain Allah Taala berfirman:

“ Sesungguhnya Kami telah menimpakan mereka dengan azab (di dunia), maka mereka tidak juga tunduk patuh kepada Tuhan, dan tidak pula berdoa kepadaNya dengan merendah diri (serta insaf lagi bertaubat) ” (Surah Al-Mu’minun : 76).

Maka, matlamat dari ujian ini adalah berusaha sedaya mungkin memperbanyakkan doa dan carilah ketenteraman serta ketenangan disisi Allah Taala dengan berserah diri kepadaNya.

(Akhir sekali) Keempat: Setiap individu lebih-lebih lagi seorang mukmin apabila berhadapan dengan peristiwa pahit mahupun manis segeralah kembali kepada Allah Taala dengan cara bertaubat, memohon keampunan, berserah diri dan merintih kepadaNya, dalam masa yang sama sebagai seorang hamba perlu berlepas diri dari menganggap bahawa segala kekuatan serta upaya adalah milik dirinya kerana hakikat sebenar kekuatan dan keupayaan itu empunya Allah Taala. Semoga kita sentiasa yakin ! : “ bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran pasti disusuli dengan kemudahan ” (Surah Al-Sharh : 5&6) .. Allah Taala sahaja yang Maha Mengetahui.

Terjemahan oleh:

Ustaz Zulkifli

Graduan Darul Ifta’ Misriyyah

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Ruwaq Jawi​​