Selamat Datang ke Ruwaq Jawi
Pusat Pengajian Ruwaq Jawi dicetuskan oleh beberapa penuntut ilmu al-Azhar al-Syarif bertujuan membina ganerasi ulama mengikut Manhaj Al-Azhar Al-Syarif.
the Islamic Center
The Ruwaq Jawi is a community center for all. The Center is committed to preserving an Islamic identity, building and supporting a viable Muslim community, promoting a comprehensive Islamic way of life based on the Holy Quran and the Sunnah of Prophet Muhammad.

SEJARAH PENUBUHAN PUSAT PENGAJIAN RUWAQ JAWI

Ruwaq atau Anjung adalah nama khusus yang digunakan oleh al-Azhar al-Syarif membawa maksud satu tempat yang dijadikan sebagai tempat pengajian, perbahasan ilmiah, daurah kitab-kitab ilmu islam dan majlis-majlis yang menghimpunkan para alim ulama’, para penuntut ilmu serta para pencinta ilmu yang terdiri dari pelbagai lapisan dan latarbelakang. Al-Azhar al-Syarif telah melakar sejarah yang telah menjangkau lebih 1000 tahun dalam melahirkan cendiakawan, ilmuan, ulama’ dan pendakwah-pendakwah yang kini bertebaran di seluruh pelusuk dunia.

Dengan kesedaran bahawa ruwaq-ruwaq ini mampu mewujudkan suasana ilmiah justeru melahirkan generasi yang cinta ilmu serta berusaha untuk mencari dan menggali ilmu sehingga mencapai peringkat diizinkan oleh para guru untuk mengajarkan kepada ummah tentang ilmu Islam, maka timbul idea oleh beberapa penuntut ilmu dari Malaysia yang berada di Mesir ini untuk mewujudkan Pusat Pengajian Ruwaq Jawi yang dinaungi oleh Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) dengan membawa harapan agar para Nusantara khususnya pelajar Malaysia mampu menelusuri perjalanan dan langkah para ulama’ untuk menjadi generasi ulama’ pada masa hadapan.

Bagi meneruskan agenda perjalanan dalam melahirkan ilmuan Islam ini dari alam Nusantara, Ruwaq Jawi sangat memerlukan dana sumbangan dari pelbagai agensi untuk memastikan kesinambungan dalam usaha melahirkan ilmuan islam pada masa akan datang. Semoga dengan sokongan dan dokongan semua pihak dapat merealisasikan cita-cita dalam melahirkan ulama pewaris Nabi suatu masa akan datang.

 

Video Pengajian​

Ada Pertanyaan/Cadangan